All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Perbadanan Kota Buku (PKB) 2026

Perbadanan Kota Buku (PKB)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,700 - RM4,500
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 15, 2026
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Kota Buku (PKB) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarkh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak di Perbadanan Kota Buku sebagaimana berikut.

1. Khidmat Pelanggan
2. Penolong Eksekutif Kanan (Kontrak)

Tarikh tutup permohonan 15 Jun 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : Cyberjaya, Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Khidmat Pelanggan
Bahagian : Pemasaran dan Komunikasi Korporat
Jabatan : Korporat
Bilangan Kekosongan : Tiga (3)

Deskripsi Tugas

1. Pengurusan Pelanggan
  • Mengurus pertanyaan dan aduan pelanggan melalui saluran aduan rasmi iaitu, telefon, tiket aduan, dan whatsapp.
  • Menyelesaikan aduan dan isu pelanggan mengikut Tatacara pengurusan dan pengendalian khidmat pelanggan PKB.
  • Melaksanakan tindakan susulan dengan pihak berkaitan sehingga kes diselesaikan sepenuhnya.
2. Pengurusan Penjual
  • Mengurus isu berkaitan akaun penjual di platform Book Capital.
  • Menangani isu paparan produk seperti maklumat, harga, imej, dan deskripsi produk.
  • Menyelia dan memastikan pematuhan penjual terhadap polisi dan peraturan Book Capital.
  • Mengendalikan aduan atau isu yang melibatkan penjual.
  • Menyelaras isu penghantaran dan logistik antara penjual dan pihak kurier.
  • Memberikan panduan dan sokongan kepada penjual bagi kelancaran operasi.
3. Pengurusan Kurier
  • Mengurus dan memantau isu logistik serta penghantaran.
  • Menangani isu kelewatan pengambilan bungkusan oleh kurier.
  • Mengurus kes bungkusan hilang atau rosak semasa transit.
  • Menyemak dan menyelaras isu ketiadaan atau kelewatan kemas kini status penghantaran dalam sistem.
  • Berurusan secara langsung dengan pihak kurier bagi mendapatkan penyelesaian yang pantas.
  • Melaporkan isu berkaitan perkhidmatan kurier kepada pihak pengurusan untuk tujuan pemantauan.
4. Sokongan Teknikal
  • Mengendalikan isu teknikal berkaitan platform Book Capital.
  • Menangani ralat sistem, isu akses, dan kegagalan fungsi sistem.
  • Menyokong isu integrasi sistem antara Book Capital dan portal kurier.
  • Berkoordinasi dengan pasukan teknikal atau vendor sistem bagi penyelesaian masalah.
  • Melaksanakan pemantauan sistem bagi memastikan kestabilan dan kelancaran operasi.
  • Merekod dan melaporkan isu teknikal kepada pihak pengurusan untuk tujuan pemantauan.
5. Pelaporan & Dokumentasi
  • Menyediakan laporan berkala berkaitan aduan, isu dan prestasi perkhidmatan.
  • Merekod semua interaksi dan penyelesaian dalam sistem.
  • Mencadangkan penambahbaikan proses bagi meningkatkan kecekapan operasi.

Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum Diploma dalam bidang berkaitan (Pengurusan, Perniagaan, Komunikasi atau setara).
  • Mempunyai pengalaman dalam khidmat pelanggan adalah satu kelebihan.
  • Kemahiran komunikasi yang baik (lisan dan bertulis) dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Mahir menggunakan komputer dan aplikasi asas (Microsoft Office, sistem tiket, dll.).
  • Berkebolehan menyelesaikan masalah dengan cekap dan profesional.
  • Mempunyai sikap proaktif, teliti dan mampu bekerja di bawah tekanan.
  • Boleh bekerja secara berpasukan dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
  • Bersedia bekerja di luar waktu pejabat sekiranya diperlukan.
Jawatan : Penolong Eksekutif Kanan (Kontrak)
Bahagian : Industri dan Korporat
Jabatan : Operasi
Bilangan Kekosongan : Lima (5)

Deskripsi Tugas
  • Mengendalikan pertanyaan, aduan, dan permohonan bantuan pelanggan melalui tiket aduan, telefon, e-mel, media sosial, dan saluran rasmi yang ditetapkan.
  • Memberikan khidmat nasihat dan panduan kepada penerima baucar berkaitan dengan pendaftaran akaun, pengaktifan baucar, penebusan baucar, pembelian buku, pembatalan pesanan, pembayaran balik (tunai dan baucar) melalui platform Book Capital.
  • Menyiasat, merekod, memantau, dan menyelesaikan aduan pelanggan secara profesional mengikut prosedur dan tempoh penyelesaian yang ditetapkan.
  • Menyelaras isu berkaitan pesanan, stok buku, pembatalan pesanan, dan status pembelian dengan pihak penjual buku.
  • Menyelaras isu penghantaran dengan pihak syarikat logistik dan kurier termasuk kelewatan, kegagalan penghantaran, dan pengesahan penerimaan buku.
  • Memastikan semua maklumat pelanggan, aduan, dan tindakan susulan direkodkan dengan tepat dalam sistem yang disediakan.
  • Menyediakan laporan berkala berkaitan statistik pertanyaan, aduan, penyelesaian kes, dan prestasi perkhidmatan pelanggan.
  • Membantu pelaksanaan program, hebahan, taklimat, kempen promosi, dan aktiviti sokongan berkaitan Program Baucar Buku 2026.
  • Melaksanakan tugasan pentadbiran dan operasi lain yang diarahkan oleh penyelia atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

Syarat Kelayakan
  • Minimum Diploma dalam bidang yang berkaitan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta mahir menggunakan aplikasi komputer.
  • Berpengalaman dalam khidmat pelanggan, operasi e-dagang, sistem tiket aduan atau platform CRM adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah, mengurus pelbagai tugasan, dan bekerja dalam persekitaran yang dinamik.
  • Seorang yang mesra pelanggan, bertanggungjawab, berintegriti, teliti serta mampu bekerja secara individu dan berpasukan.
  • Mempunyai minat terhadap pendidikan, literasi, dan industri buku adalah satu kelebihan.
Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah menghantar RESUME yang lengkap berserta sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini ke e-mel berikut : hr@kotabuku.my

Sila nyatakan subjek permohonan, contohnya : "Permohonan Jawatan Khidmat Pelanggan"

Tarikh tutup permohonanadalah pada 15 Jun 2026 (5:00 petang).

Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk ditemu duga.