Jawatan Kosong Pusat Kesihatan Universiti, UPM
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji Rm1,500 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup May 20, 2026
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Pusat Kesihatan Universiti, UPM (Kampus Serdang) sebagaimana berikut.1. Penolong Pegawai Farmasi Gred U5
2. Pembantu Khidmat Am Gred H1
Tarikh tutup permohonan 20 Mei 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : UPM Serdang, Selangor.
Sektor : Badan Berkanun
1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (Kod Dokumen : SOK/BUM/BR03/JAWATAN 02) yang boleh dimuat turun pada pautan di bawah dan sertakan dokumen-dokumen seperti Senarai Semak Temuduga yang dilampirkan.
2. Untuk melihat syarat-syarat lantikan sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah sebelum calon membuat permohonan.
3. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG
U/P: PUAN NOOR BAIZURA MOHD SAFIFEE
TEL: 03-9769 5003
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Mei 2026 (Rabu).
i. Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
ii. Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperaku dan dipanggil ke sesi temuduga.
iii. Sekiranya tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
Pautan
Muat turun iklan, syarat kelayakan, senarai semak dan borang permohonan jawatan disini
Post a Comment