All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Perbadanan Stadium Negeri Kedah

Pembantu Khidmat Am Gred H1

Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup May 14, 2026
  • Lokasi penempatan Kedah

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman sebagaimana berikut.

1. Pembantu Khidmat Am Gred H1

Tarikh tutup permohonan 14 Mei 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : Kedah
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pembantu Khidmat Am Gred H1
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : Satu (1)
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Elaun
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 115.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 300.00
Bantuan Sara Hidup RM 300.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
ii. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
iv. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00)

Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelebihan/ Keutamaan
Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki Sijil Pertolongan Cemas dan berkebolehan berenang.

Ringkasan Tugas

Umum

Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

Khusus

Bertanggungjawab melaksanakan tugas pembersihan kawasan venue, penyelenggaraan padang, pengoperasian jentera-jentera berkaitan dan terlibat dengan arahan penguatkuasaan serta tugas khas menyelamat. Calon juga perlu melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan serta melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Perbadanan Stadium Negeri Kedah. Borang boleh didapati di Pejabat Pengurusan pada waktu pejabat (8.00 pagi – 5.00 petang).

Alamat

Perbadanan Stadium Negeri Kedah
Aras 3, Astaka Utama Stadium Darul Aman,
Lebuhraya Darul Aman
05100 Alor Setar
Kedah Darul Aman.

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Mei 2026 (Khamis).

Post a Comment