Jawatan Kosong Perbadanan Stadium Johor (PSJ)
Perbadanan Stadium Johor (PSJ)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup May 29, 2026
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Perbadanan Stadium Johor (PSJ) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Perbadanan Stadium Johor (PSJ) sebagaimana berikut.1. Pembantu Khidmat Am (Penyelenggaraan) H1
2. Pembantu Keselamatan KP1
Tarikh tutup permohonan 29 Mei 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : PSJ Johor.
Sektor : Badan Berkanun
1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang PSJ-01 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport terkini dan salinan diakui sah dokumen-dokumen yang berkaitan seperti berikut:
(i) Salinan Sijil Kelahiran
(ii) Salinan Kad Pengenalan
(iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
(iv) Salinan Sijil Kelulusan Persekolahan/Akademik
(v) Salinan Lesen Memandu
(vi) Lain-lain Sijil/ Dokumen Sokongan
3. Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis menggunakan pen hitam dan tulisan tangan pemohon dengan jelas dan terang dengan huruf besar.
4. Semua salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B, Penghulu, Pegawai Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
5. Permohonan bagi Pegawai/Anggota Kerajaan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan perintah AM Bab A21 dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi.
PENGURUS BESAR
PERBADANAN STADIUM JOHOR
ARAS 1, STADIUM OLAHRAGA
JALAN JUARA 2, JOHOR SPORTS HUB
81100 JOHOR BAHRU, JOHOR
NO TEL : 07-5502327
Permohonan hendaklah sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada 29 Mei 2026 (Jumaat).
Catatan Am
(a) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat pemohon.
(b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
(c) Permononan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
(d) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri.
Pautan
Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini