All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (FORTRAIN)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Jobs Overview

  • Taraf Kursus
  • Gaji RM1,500
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 05, 2026
  • Lokasi penempatan Semenanjung Malaysia

Jobs Detail

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sebagaimana berikut.

Tempoh pengajian Dan Syarat Kemasukan

1. Tempoh pengajian dan kelayakan akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:

Kursus : Sijil Perhutanan Pengawas Hutan
Tempoh Kursus : 2 Semesta (Sesi 2026 - 2027)

Kelayakan Akademik

a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya serta:
i.Kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;
ii. Lulus mata pelajaran Matematik; dan
iii. Lulus mana-mana mata pelajaran Sains;

2. Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh permohonan ditutup.

3. Anggota Tentera dan Polis yang telah menamatkan perkhidmatannya dan Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat juga boleh memohon setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.

4. Calon-calon hendaklah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai kecacatan anggota.

Makluman

(i) Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) tidak menjamin apa-apa jawatan setelah tamat kursus.
(ii) Calon-calon yang sedang mengikuti kursus di FORTRAIN tidak boleh berhenti tanpa kelulusan pihak berkuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Jika berlaku pelanggaran ini, calon dikehendaki membayar balik semua perbelanjaan yang ditanggung semasa pengajian kepada Kerajaan Malaysia.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan melalui Borang (google form), untuk memohon sila klik disini.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 5 Jun 2026 (Jumaat). Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Latihan Perhutanan atau FORTRAIN di talian telefon 03-26164488.

Post a Comment