All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Yayasan Warisan Johor 2026

Yayasan Warisan Johor

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak Interim
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 10, 2026
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Yayasan Warisan Johor 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Johor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak Interim di Yayasan Warisan Johor sebagaimana berikut.

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
Taraf Jawatan : Kontrak Interim
Kekosongan : Satu (1)
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Tarikh tutup permohonan 10 Jun 2026 (Ahad).
Lokasi penempatan : Yayasan Warisan Johor
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN YAYASAN WARISAN JOHOR YWJ/BP/03/002 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah. Borang permohonan dilampirkan dengan syarat-syarat kelayakan.

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR hendaklah disertakan dengan SEKEPING GAMBAR TERKINI berukuran passport serta SALINAN DIAKUI SAH dokumen-dokumen seperti berikut:

i. Kad Pengenalan
ii. Sijil Kelahiran
iii. Sijil Persekolahan / Sijil Berhenti Sekolah
iv. Kad Bekas Tentera / Polis (jika ada)
v. Salinan Sijil Akademik / Lain-lain Sijil / Surat Akuan berkaitan.

3. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemas kini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir yang disahkan oleh Ketua Jabatan.

4. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :

YAYASAN WARISAN JOHOR
Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar
No 888 Jalan Sg Chat 80100 Johor Bahru
U.P: Bahagian Pengurusan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Jun 2026 (jam 5.00 petang).

5. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

Catatan

i. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan.
ii. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
iii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
iv. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Pautan

Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini

Post a Comment