Jawatan Kosong Majlis Daerah Bera (MDB)
Majlis Daerah Bera (MDB)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 13, 2026
- Lokasi penempatan Pahang
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Bera (MDB) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak (Contract For Service) di Majlis Daerah Bera (MDB) sebagaimana berikut.1. Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan)
Tarikh tutup permohonan 13 Oktober 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : MDB Pahang
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan)
Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service)
Bilangan Kekosongan : Satu (1)
Kadar Gaji : RM1,500.00 + RM615.00 (Elaun Khas)
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; dan
(ii) Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P) dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan BORANG MD.BERA 1 / Pind.5-2026 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Sila kemukakan permohonan kepada :
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BERA
28200 BANDAR BERA
PAHANG DARUL MAKMUR
( u/p : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia )
** Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sampul surat.
a) Sekeping gambar terbaharu berukuran pasport iaitu 2.5 sm x 3.8 sm (tidak dibenarkan gambar yang diimbas atau difotostat ;
b) Salinan kad pengenalan (depan dan belakang);
c) Salinan lesen memandu (jika berkaitan);
d) Salinan surat beranak;
e) Salinan sijil-sijil persekolahan atau Salinan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi; dan
f) Sijil-sijil sukan dan sijil-sijil lain yang berkenaan.
Catatan
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
ii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
Pautan
Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini