Jawatan Kosong Majlis Daerah Beaufort 2026
Penolong Akauntan Gred W5
Majlis Daerah Beaufort

Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM1,650 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup May 14, 2026
- Lokasi penempatan Sabah
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Beaufort 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang menetap di Sabah berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Majlis Daerah Beaufort sebagaimana berikut.1. Penolong Akauntan Gred W5
Tarikh tutup permohonan 14 Mei 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : MD Beaufort, Sabah.
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Penolong Akauntan Gred W5
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : Satu (1)
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pelaksanaan fungsi kewangan dan perakaunan jabatan, termasuk:
- Menyediakan, menyelenggara dan mengemaskini rekod perakaunan serta buku vot jabatan;
- Mengurus urusan pembayaran, kutipan hasil dan penyelarasan akaun;
- Menyediakan penyata kewangan, laporan perakaunan dan analisis kewangan secara berkala;
- Penyediaan anggaran bajet tahunan dan pemantauan perbelanjaan;
- Memastikan semua urusan kewangan mematuhi Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa;
- Mengendalikan dan mengemaskini sistem perakaunan kerajaan atau sistem berkaitan;
- Melaksanakan urusan audit dalaman dan audit luar serta menyediakan maklum balas audit;
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
1. Pemohon yang berhasrat untuk mengisi kekosongan jawatan ini hendaklah menulis surat permohonan jawatan kepada Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort dan mengisi borang Permohonan Jawatan di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPA.1 - Pindaan 1/98) berserta gambar berukuran pasport terkini pemohon, sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah yang disertakan dengan iklan dan syarat lantikan.
2. Pemohon adalah diwajıbkan untuk memberikan maklumat yang benar, lengkap dan tepat di dalam borang permohonan tersebut dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses bagi tujuan tapisan temuduga.
3. Permohonan hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik, Sijil Kokurikulum (penglibatan aktiviti luar bilik darjah) dan sijil lain yang berkaitan yang telah disahkan benar.
4. Permohonan yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil sebagai calon untuk di temuduga dan calon yang tidak menerima sebarang panggilan dianggap sebagai calon yang tidak berjaya.
5. Pemohon yang tıdak menerıma sebarang Jawapan selepas tiga (3) bulan darı tarikh tutup iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
PEGAWAI EKSEKUTIF,
MAJLIS DAERAH BEAUFORT,
PETI SURAT 181,
89808 BEAUFORT.
PETI SURAT 181,
89808 BEAUFORT.
7. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada tarikh tutup permohonan iaitu 14 Mei 2026, pukul 5.00 petang.
Pautan
Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Pautan
Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Post a Comment