Jawatan Kosong Jabatan Pertanian Johor 2026
Jabatan Pertanian Negeri Johor

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup June 08, 2026
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Pertanian Negeri Johor 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Jabatan Pertanian Negeri Johor sebagaimana berikut.1. Pegawai Teknologi Makanan Gred C9 (Tarikh tutup 22 Mei 2026)
2. Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Tarikh tutup 08 Jun 2026)
Tarikh tutup permohonan 22 Mei & 8 Jun 2026.
Lokasi penempatan : DOA Johor.
Sektor : Badan Berkanun
1. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang boleh diperolehi daripada Jabatan ini atau Pejabat Pertanian Daerah dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dengan mengirim sampul surat berukuran 4 x 9 inci beserta setem dan beralamat sendiri dengan mencatat "MOHON BORANG JPNJ.01" di sudut sebelah kiri sampul surat. Sila muat turun iklan , syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan di pautan yang diberikan di bawah.
2. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan gambar berukuran passport dan Salinan sah dokumen-dokumen berikut:-
(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil Keputusan Peperiksaan
(iv) Sijil Berhenti Sekolah
(v) Lain-lain Sijil yang berkaitan
3. Permohonan bagi Pegawai/Anggota Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengikut Peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005) dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi.
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sampul surat dan dihantar ke alamat berikut:-
JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR,
ARAS 1, BANGUNAN DATO' MUHAMAD IBRAHIM MUNSYI,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI JOHOR,
KOTA ISKANDAR, 79000 ISKANDAR PUTERI, JOHOR.
**Sila tuliskan 'NAMA JAWATAN DIPOHON' di sebelah kiri sampul surat permohonan.
5. Tarikh tutup permohonan 22 Mei & 8 Jun 2026.
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 Bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan adalah TIDAK BERJAYA.
c) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah di bawah tanggungan pemohon sendiri.
d) Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.
Pautan
Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Post a Comment