All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Istana Negara 2026

Istana Negara

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup May 31, 2026
  • Lokasi penempatan Kuala Lumpur

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Istana Negara 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak (Contract Of Service) di Pentadbiran Istana Negara sebagaimana berikut.

1. Pembantu Khidmat Am (PKA) Gred H1

Tarikh tutup permohonan 31 Mei 2026 (Ahad).
Penempatan : Istana Negara, Kuala Lumpur dan Istana Melawati, Putrajaya.
Sektor : Kerajaan

Penempatan/Lantikan Secara COS di Istana Negara, Kuala Lumpur
  • Terdapat keperluan pengisian bagi empat (4) jawatan PKA Gred H1 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
  • Terbuka untuk calon daripada Jabatan Perdana Menteri JPM) Lantikan Tetap (Ketua Perkhidmatan: Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM) yang telah disahkan jawatan, atau calon luar yang berminat untuk Lantikan Secara COS.
  • Calon mestilah berumur antara 18 hingga 35 tahun pada 31 Disember 2026 dan bebas daripada sebarang penyakit kritikal.
  • Memperoleh markah Penilaian Prestasi terkini (tahun 2025) melebihi 90% bagi calon yang telah berada dalam Lantikan Tetap.
  • Tinggal di sekitar Kuala Lumpur atau radius yang berdekatan, dan bersedia untuk bertugas di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Calon baharu untuk Lantikan Secara COS perlu memenuhi syarat kelayakan seperti yang berikut:

(i) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(ii) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penempatan di Istana Melawati, Putrajaya
  • Terdapat keperluan pengisian bagi satu jawatan PKA Gred H1 di Istana Melawati, Putrajaya.
  • Terbuka untuk calon daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) Lantikan Tetap (Ketua Perkhidmatan: Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM) yang telah disahkan jawatan.
  • Calon mestilah berumur antara 18 hingga 35 tahun pada 31 Disember 2026 dan bebas daripada sebarang penyakit kritikal.
  • Memperoleh markah Penilaian Prestasi terkini (tahun 2025) melebihi 90%.
  • Tinggal di sekitar Putrajaya atau radius yang berdekatan, dan bersedia untuk bertugas di Istana Melawati, Putrajaya.

Cara Memohon


1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan jawatan secara online melalui google form yang disediakan oleh pihak Pentadbiran Istana Negara, sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Tarikh akhir untuk mengemukakan permohonan adalah pada 31 Mei 2026 (Ahad).

Perhatian

1. Hanya calon-calon yang berjaya terpilih akan dimaklumkan dan dipanggil untuk sesi temu duga selanjutnya.

Pautan

Iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini

**Sila pastikan pemohon mempunyai akaun google atau gmail.com sebelum membuat permohonan.

Post a Comment