Jawatan Kosong FAMA Negeri Johor 2026
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Jobs Overview
- Taraf Upah Harian
- Gaji RM1,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup May 05, 2026
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di FAMA Negeri Johor sebagaimana berikut.1. Pemandu (Harian)
2. Pekerja Am (Harian)
Tarikh tutup permohonan 5 Mei 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : FAMA Negeri Johor.
Sektor : Badan Berkanun.
Jawatan : Pemandu (Harian)
Jadual Gaji : RM7.21 per jam
Kemudahan : KWSP dan Perkeso
Penempatan
(i) Pusat Operasi FAMA Johor Bahru (2 kekosongan)
(ii) Pusat Operasi FAMA Simpang Renggam (2 kekosongan)
(iii) Pusat Operasi FAMA Tangkak (2 kekosongan)
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) / PT3
iv) Memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P))
v) Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa, dan bersedia belajar perkara baharu;
vi) Sihat tubuh badan.
Bidang Tugas
i) Memandu kenderaan jabatan bagi tujuan urusan rasmi;
ii) Penjagaan dan penyelenggaraan kederaan jabatan;
iii) Mengisi dan mengemaskini buku log;
iv) Pematuhan Peraturan dan Keselamatan Jalan Raya;
v) Sokongan operasi pejabat;
vi) Kesediaan bertugas di luar waktu pejabat;
vii) Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Jawatan : Pekerja Am (Harian)
Jadual Gaji : RM7.21 per jam
Kemudahan : KWSP dan Perkeso
Penempatan
(i) Pusat Operasi FAMA Johor Bahru (3 kekosongan)
(ii) Pusat Operasi FAMA Simpang Renggam (3 kekosongan)
(iii) Pusat Operasi FAMA Tangkak (3 kekosongan)
Syarat Kelayakan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) / PT3
iv) Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa, dan bersedia belajar perkara baharu;
v) Keutamaan kepada calon yang mempunyai lesen memandu dan pengangkutan sendiri
vi) Sihat tubuh badan.
Bidang Tugas
i) Melaksanakan kerja-kerja am berkaitan operasi harian pusat seperti penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran produk;
ii) Membantu dalam pengiraan dan semakan stok barang;
iii) Menjaga kebersihan kawasan operasi, stor dan persekitaran kerja;
iv) Membantu pelaksanaan Program Jualan FAMA;
v) Sokongan operasi pejabat;
vi) Kesediaan bertugas di luar waktu pejabat;
vii) Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p. Sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Lesen Memandu, Sijil SPM/SRP/PMR/PT3/Diploma, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
(d) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.
(e) Permohonan hendaklah sampai kepada:
Unit Pentadbiran
Pejabat FAMA Negeri Johor
Lot 6313, Jalan Taruka,
Off Jalan Datin Halimah,
80700 Johor Bahru, Johor
Sebelum atau pada : 5 MEI 2026 (SELASA)
Catatan Am
Calon-calon di ingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Pautan
Muat turun Borang Permohonan Jawatan disini
Post a Comment