Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pontian (MPPN)
Majlis Perbandaran Pontian (MPPN)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup May 11, 2026
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Pontian (MPPN) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Johor atau warganegara yang bermastautin di Johor selama 5 tahun atau lebih, berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Perbandaran Pontian (MPPN) sepertimana berikut.1. Penolong Arkitek Landskap JA5
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
3. Pembantu Penguatkuasa KP1
Tarikh tutup permohonan 11 Mei 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : MPPN Johor.
Sektor : Badan Berkanun
1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Pontian atau boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Borang permohonan hendaklah ditampal dengan sekeping gambar berukuran pasport dan disertakan dokumen-dokumen berikut yang telah diakui sah:-
- Ringkasan latar belakang pendidikan, pekerjaan dan penglibatan luar (Resume)
- Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
- Salinan Sijil-Sijil Akademik (IJAZAH/DIPLOMA/STPM/SPM/PMR/PT3/UPSR)
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Lesen Memandu
- Gambar berukuran pasport terbaru.
- Salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
4. Semua pemohon yang disenarai pendek perlu mengambil ujian-ujian yang berkaitan berdasarkan jawatan yang dipohon. Hanya calon yang layak dan melepasi ujian-ujian tersebut akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN
JALAN ALSAGOFF
82000 PONTIAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Mei 2026 (Isnin).
6. Permohonan yang akan DITOLAK
- Borang permohonan yang tidak lengkap.
- Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap.
- Tidak mengemukakan permohonan melalui ketua Jabatan bagi kakitangan kerajaan.
- Borang permohonan diterima selepas tarikh tutup iklan.
- Permohonan tidak memenuhi/ tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan.
Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Post a Comment