Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2026
Pembantu Laut Gred A1
Jabatan Laut Malaysia

Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup January 21, 2026
- Lokasi penempatan Semenanjung Malaysia
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Laut Malaysia 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Laut Malaysia sebagaimana berikut.1. Pembantu Laut Gred A1
Kekosongan : 36 Simpanan : 108
Tarikh tutup permohonan 21 Januari 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : Semenanjung Malaysia.
Sektor : Badan Berkanun.
Jawatan : Pembantu Laut Gred A1
Kelayakan : SPM/ SVM
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,500.00); atau
(iii) Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,561.00); atau
(iv) Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,561.00); atau
(v) Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,622.00); atau
(vi) Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,683.00).
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 21 Januari 2026 (Rabu), jam 11.59 malam.
Post a Comment