Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Kedah
Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Kedah

Jobs Overview
- Taraf Personel MySTEP
- Gaji RM1,900
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup January 18, 2026
- Lokasi penempatan Kedah
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Kedah 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Kedah sebagaimana berikut.1. Personel MySTEP
Tarikh tutup permohonan 18 Januari 2026 (Ahad).
Lokasi penempatan : MDI Negeri Kedah.
Sektor : Badan Berkanun.
Jawatan : Personel MySTEP
Taraf : Kontrak
Kadar Upah : RM1,900.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Tempoh Lantikan : Februari - Disember 2026
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO.
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1) Warganegara Malaysia serta sihat tubuh badan;
2) Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan jawatan; dan
3) Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang dikitiraf oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu;
(ii) Mempunyai kebolehan menaip serta berpengetahuan dalam Microsoft Office kerana bidang tugas yang dijalankan adalah sepenuhnya menggunakan kemahiran berkenaan; dan
(iii) Mempunyai komputer riba sendiri. (WAJIB)
a. Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen seperti berikut :
i. Resume dengan gambar terkini.
ii. Salinan Kad Pengenalan (depan belakang) yang telah diakui sah;
iii. Salinan Sijil Diploma, SPM dan lain-lain sijil kelayakan yang berkaitan yang telah diakui sah; dan
b. Dokumen tersebut hendaklah dihantar secara pos/serahan tangan ke dalam sampul dengan menulis "JAWATAN KOSONG PERKHIDMATAN PERSONAL MySTEP" di sebelah kanan atas sampul surat dan dihantar ke alamat seperti yang berikut:
Unit Pentadbiran
Jabatan Insolvensi Negeri Kedah
Aras 3, Wisma Persekutuan,
Jalan Kampung Baru,
05000 Alor Setar, Kedah
Atau mohon melalui emel kepada : fadzlini.kassim@mdi.gov.my
TARIKH TUTUP: 18 JANUARI 2026 (AHAD) JAM 1.00 PETANG
*(Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga)
Post a Comment