Jawatan Kosong Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup January 18, 2026
- Lokasi penempatan Semenanjung Malaysia
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Semenanjung Malaysia seperti berikut.1. Pembantu Antidadah Gred S1
Kekosongan : 55 Simpanan : 165
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Tarikh tutup permohonan 18 Januari 2026 (Ahad).
Lokasi penempatan : AADK Semenanjung Malaysia.
Sektor : Badan Berkanun
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,500.00); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,561.00); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,622.00).
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 18 Januari 2026 (Ahad), jam 11.59 malam.
Pautan
Permohonan dan kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini
2 comments