Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) Tahun 2026
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Jobs Overview
- Jantina Lelaki / Perempuan
- Umur21 tahun - 35 tahun
- Taraf Kursus
- Gaji Tiada
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup December 21, 2025
- Lokasi penempatan Institut / Pusat Latihan KEMAS
Jobs Detail
Tawaran mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) TABIKA Tahun 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) TABIKA Tahun 2026, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sebagaimana berikut.1. Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) Tabika Tahun 2026
Terbuka Kepada : Lelaki dan Perempuan
Umur : 21 tahun hingga 35 tahun
Kelayakan Akademik : Diploma Akademik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak- Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS.
Cara Memohon
1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) di laman Sistem Pengambilan Kemas mulai 1 Disember 2025 (Isnin) hingga 21 Disember 2025 (Ahad). Untuk memohon sila kepautan yang diberikan di bawah.
2. Sila muat turun iklan dan syarat-syarat lantikan selanjutnya pada pautan yang diberikan di bawah sebelum membuat permohonan.
3. Permohonan lewat atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.
4. Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan diproses.
1. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Post a Comment