All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong JKR Negeri Pahang 2026

Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,650 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup May 08, 2026
  • Lokasi penempatan Pahang

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang / JKR Negeri Pahang 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak (Contract of Service) di Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang seperti berikut.

1. Penolong Juruukur Bahan Gred JA5 (Contract of Service)

Tarikh tutup permohonan 08 Mei 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : JKR Negeri Pahang.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Penolong Juruukur Bahan Gred JA5
Taraf Jawatan : Kontrak (Contract of Service)
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620.00

Syarat Kelayakan

Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan tersebut.
3. Calon bagi lantikan jawatan ini DIWAJIBKAN untuk memiliki kelayakan yang berikut:-
  • Diploma Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
5. Calon hendaklah berkemahiran dalam bidang komputer dan berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.
6. Calon juga hendaklah berkebolehan memberi pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat serta mengemukakan hujah-hujah dengan baik.
7. Calon hendaklah mahir berkomunikasi secara lisan dan bertulis samada dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.
8. Mampu bekerjasama di dalam kumpulan dan menerima arahan dari masa ke semasa.

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Tertakluk Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Calon yang berjaya memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada peraturan semasa Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dan pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayan hendaklah mengemukakan resume dan salinan dokumen serta sijil yang telah disahkan seperti berikut:
  • Sekeping gambar terkini;
  • Transkrip Diploma;
  • Sijil SPM/SPMV/STPM;
  • Sijil Tamat Persekolahan serta sijil berkaitan; dan
  • Membawa hasil kerja yang pernah dilaksanakan ketika sesi temuduga.
2. Pemohon boleh terus menghantar permohonan kepada:-

Unit Sumber Manusia,
Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang
Tingkat 12, Kompleks Tun Razak
Bandar Indera Mahkota,
25582 KUANTAN


Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 Mei 2026 (Jumaat).

3. Permohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

4. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-571 7000

Post a Comment