All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Temuduga Terbuka Pembantu Keselamatan BNM

Pembantu Keselamatan

Bank Negara Malaysia (BNM)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap
  • Gaji RM1,900 - RM4,500
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup December 13, 2025
  • Lokasi penempatan Kuala Lumpur

Jobs Detail

Temuduga terbuka Bank Negara Malaysia (BNM) bulan Disember 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh temuduga, serta berkelayakan untuk menghadiri ke temuduga terbuka Bank Negara Malaysia (BNM) bagi jawatan sebagaimana berikut.

1. PEMBANTU KESELAMATAN

Tarikh Temuduga : 13 Disember 2025 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, 2 Jalan Berjasa, 50480 Kuala Lumpur.

Syarat-Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia.
  • Berkebolehan untuk menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Pengalaman dalam bidang keselamatan adalah satu kelebihan.
  • Calon yang pernah berkhidmat sebagai Polis Bantuan perlu membawa salinan surat pelepasan dari majikan untuk menghadiri sesi temuduga.
  • Berdisplin serta boleh bekerja dalam pasukan di bawah pengawasan minimum.
  • Bebas rekod jenayah dan tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
  • Sihat mental dan fizikal.
  • Sekiranya terpilih,calon akan tertakluk kepada pertukaran antara cawangan di seluruh Malaysia berdasarkan keperluan Jabatan dari semasa ke semasa.
  • Penempatan dan pelantikan adalah berdasarkan kekosongan dan keperluan Bank.
  • Boleh bekerja mengikut syif, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum.
  • Calon yang lulus Ujian Kelayakan Fizikal sahaja akan ke proses ditemuduga.

Syarat Kelayakan Akademik


Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris.

Kelayakan Fizikal
  • Ketinggian Minimum (tanpa menggunakan kasut) = 164 cm
  • Berat Badan Minimum = 51 kg
  • Ukuran Dada = Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) / 86 cm (semasa menarik nafas)
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI) = 19 hingga 26
  • Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak rabun warna
Faedah dan Kemudahan
  • Pakej gaji dan manfaat elaun yang kompetitif
  • Pakaian seragam tugas disediakan
  • Peluang untuk menghadiri pelbagai kursus dan latihan
  • Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan
  • Kemudahan rawatan perubatan termasuk tanggungan
  • Perlindungan Insurans Nyawa dan Kemalangan
  • Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memajukan kerjaya
  • Peluang untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dengan peluang penempatan kerja di premis-premis Bank Negara di seluruh Malaysia

Nota*:
Faedah dan kemudahan adalah tertakluk kepada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan tanpa sebarang pemberitahuan.

Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas akan disenarai pendek untuk menjalani proses penilaian dan layak ke peringkat seterusnya.

Maklumat temuduga selanjutnya boleh rujuk pada pautan berikut : klik disini

Post a Comment