Jawatan Kosong Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar Johor
Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup December 08, 2025
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Johor Darul Takzim berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor sebagaimana berikut.1. Pembantu Khidmat Am H1
2. Pembantu Keselamatan KP1
3. Pembantu Tadbir N1
Tarikh tutup permohonan 08 Disember 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : Muzium Diraja Johor
Sektor : Badan Berkanun
1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang boleh diperoleh di pejabat ini dengan hadir sendiri pada waktu pejabat atau boleh dimohon secara online melalui laman Sistem Permohonan Perjawatan sila kepautan yang diberikan di bawah.
2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport dan dokumen-dokumen berikut:
i. Resume;
ii. Salinan Sijil Kelahiran;
iii. Salinan Kad Pengenalan;
iv. Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
v. Salinan Keputusan Periksaan berkaitan; dan
vi. Lain-lain dokumen sokongan;
Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui salinan sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B/Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
3. Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan Hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan Perintah Am Bab A Bil. 21 dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang Terkini.
MUZIUM DIRAJA ABU BAKAR
ISTANA BESAR JOHOR,
80500 JOHOR BAHRU, JOHOR
5. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel di Alamat : muzium_diraja@johor.gov.my
Catatan Am
a. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
b. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA;
c. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga (jika berkenaan) adalah menjadi tanggungjawab pemohon sendiri.
Pautan
Iklan, syarat kelayakan dan pautan permohonan jawatan disini
Post a Comment