All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Malaysia Productivity Corporation (MPC)

Penolong Pengurus Gred E9

Malaysia Productivity Corporation (MPC)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM2,250 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup November 30, 2025
  • Lokasi penempatan Kuala Lumpur

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Malaysia Productivity Corporation (MPC) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Malaysia Productivity Corporation (MPC) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pengurus Gred E9

Tarikh tutup permohonan 30 November 2025 (Ahad).
Lokasi penempatan : MPC Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,250.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,470.00); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,690.00); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,020.00); atau
(v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,020.00); atau
(vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,130.00) atau
(vii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,240.00).

2. Calon yang mempunyai pengajian akademik dalam bidang berikut akan diberi keutamaan:
  • Polisi Awam
  • Statistik
  • Ekonomi
  • Komputer Sains/Kejuruteraan Perisian/
  • Kejuruteraan
  • Produktiviti dan Kualiti
  • Big Data Analisis/AI
  • Perakaunan
  • Undang-undang
Syarat Kelayakan bagi jawatan ini adalah:

1. Sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. Gred B dalam Subjek Bahasa Inggeris
3. Minimum Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET)
4. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda
5. Minimum CGPA 3.00 keatas
6. BMI normal (18.5 - 24.9)

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online malalui Laman Permohonan Jawatan MPC, sila kepautan yang diberikan di bawah.

Tarikh tutup permohonan permohonan adalah pada 30 November 2025 (Ahad).

Pautan

Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini

Post a Comment