All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong YUM Sabah Disember 2025

Penyelia Pinjaman (Gred N1)

Yayasan Usaha Maju (YUM)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup December 05, 2025
  • Lokasi penempatan Sabah

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Yayasan Usaha Maju (YUM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Yayasan Usaha Maju (YUM) Sabah sebagaimana berikut.

**Perhatian..!! Sila scroll / swipe ke kiri table dibawah untuk melihat butiran penuh iklan jawatan.
Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Penempatan
1. Penyelia Pinjaman (Gred N1) 3 Cawangan Penampang
1 Cawangan Tambunan
1 Cawangan Keningau (Blok Sook)
1 Cawangan Beaufort
2 Cawangan Sandakan
1 Cawangan Tawau
1 Cawangan Tawau (Blok Balung)
1 Cawangan Lahad Datu
2 Cawangan Semporna

Tarikh tutup permohonan 05 Disember 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : YUM Sabah.
Sektor : Badan Berkanun

Nama Jawatan : Penyelia Pinjaman (Gred N1)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,500.00 – RM4,680.00

Syarat-Syarat Lantikan

1. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun daripada tarikh iklan ditutup.
2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
3. Memperoleh kelulusan (kredit) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
4. Boleh memandu serta mempunyai lesen memandu kenderaan atau motosikal yang sah.
5. Sanggup ditugaskan di mana-mana cawangan Yayasan Usaha Maju seperti mana yang diarahkan oleh Yayasan.

Bidang Tugas Utama Penyelia Pinjaman
  • Menjalankan pemasaran aktiviti pinjaman YUM untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan;
  • Melaksanakan proses penilaian kredit mikro terhadap pelanggan;
  • Mendidik pelanggan tentang Polisi dan Prosedur Pinjaman YUM;
  • Menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan YUM dengan effektif dan efisien.
Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Kerja YUM yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah dengan menyertakan Salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan.

2. Sijil-sijil asal (Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan pemohon, Sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disyaratkan dalam iklan) hanya dibawa apabila pemohon berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

3. Permohonan yang diterima daripada calon-calon yang TIDAK memiliki kelayakan yang disyaratkan di atas tidak akan dilayan.

4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta Salinan Sijil yang disahkan hendaklah dihantar ke:

Yayasan Usaha Maju (YUM)
Unit Sumber Manusia
Ibu Pejabat YUM,
Aras 1, Wisma Pertanian Sabah,
Jalan Tasik, (Off Jalan Maktab Gaya), Luyang,
88670 Kota Kinabalu Sabah


Tarikh tutup permohonan ialah pada 5 Disember 2025 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Tel: 088 235141 - Pengurus Sumber Manusia: Encik Zakiron bin Kulim
088 235141 - Pegawai Perjawatan: Puan Norifah binti Roger

Pautan

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Post a Comment