All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jurulatih Kem Bina Semangat - Yayasan Selangor

Jurulatih Kem Bina Semangat

Yayasan Selangor

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,650 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup May 07, 2026
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Yayasan Selangor 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Bahagian Kem Bina Semangat, Yayasan Selangor sepertimana berikut.

1. Jurulatih Kem Bina Semangat

Tarikh tutup permohonan 07 Mei 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : Yayasan Selangor.
Sektor : Badan Berkanun.

Jawatan : Jurulatih Kem Bina Semangat
Kekosongan : Tiga (3)

Kelayakan Akademik

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Diploma Sains Sukan dan/atau Ijazah Sarjana Muda daripada IPTA/IPTS (memiliki Sijil Kejurulatihan Rekreasi Luar yang diiktiraf suatu kelebihan).

Pengalaman
  • Mempunyai kemahiran dalam asas pertolongan cemas serta berenang (Kursus Bronze Medallion).
  • Berpengalaman mengendalikan aktiviti melibatkan risiko terkawal dan pematuhan keselamatan.
  • Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Sila muat turun iklan dan syarat kelayakan pada pautan yang diberikan di bawah untuk melihat butiran secara lengkap.

3. Pemohon hendaklah menghantar ‘resume’ beserta Borang Permohonan Jawatan ke Bahagian Pengurusan Modal Insan. Pemohon yang masih berkhidmat dengan Yayasan Selangor hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Bahagian/ Unit dan disertakan dengan sesalinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

4. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR,
NO. 18A, PERSIARAN BARAT,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P: Bahagian Pengurusan Modal Insan)


5. Semua permohonan hendaklah sampai tidak lewat dari tarikh tutup iklan pada 07 Mei 2026. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Post a Comment