All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan

Personel MySTEP - Pembanci

Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan

Jobs Overview

  • Taraf MySTEP
  • Gaji RM1,700
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup Oktober 16, 2025
  • Lokasi penempatan Negeri Sembilan

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) sebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP - Pembanci

Tarikh tutup permohonan pada 16 Oktober 2025 (Khamis).
Lokasi penempatan : Negeri Sembilan.
Sektor : Kerajaan

Jawatan : Personel MySTEP - Pembanci
Kadar Upah : RM1,700.00 sebulan

Kemudahan

Cuti Rehat : 12 hari setahun, dikira secara berkadar (prorate) berdasarkan Tempoh Perkhidmatan.
Cuti Sakit : 14 hari setahun, dikira secara berkadar (prorate) berdasarkan Tempoh Perkhidmatan.
Perlindungan Sosial : PERKESO dan KWSP

Syarat Kelayakan

i. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf.

Kreteria Utama Calon
  • Berkemahiran dalam menyediakan laporan;
  • Berkemahiran dalam menggunakan aplikasi Ms Office (Word, Excel, Powerpoint) dan perisian lain yang bersesuaian;
  • Berkemahiran komunikasi yang baik;
  • Boleh bekerja secara berpasukan atau bersendirian di bawah pengawasan yang minimum;
  • Boleh bekerja lebih masa dan boleh bekerja di luar pejabat;
  • Berdisiplin dan bertanggungjawab melaksanakan tugas
Tugasan

a. Melaksanakan aktiviti pemutihan terhadap data eKasih melalui lawatan ke lapangan:
i. Pemutihan senarai nama penerima bantuan; dan
ii. Penyediaan Laporan Log Harian Pemutihan.

b. Membantu tugas aktiviti verifikasi pendaftaran terbuka eKasih yang merangkumi aktiviti bancian:
i. Melakukan proses kerja bancian/verifikasi;
ii. Melakukan pemprosesan dan kemaskini maklumat bancian/verifikasi ke dalam Borang Banci Isi Rumah Miskin (BIRM);
iii. Menyediakan Laporan Harian Operasi; dan
iv. Menyediakan Log Tindakan Operasi dan Prosesan

Cara Memohon

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan borang permohonan (sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah), resume beserta gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan dan sijil akademik berkaitan ke e-mel : kerjaya.ppnns@gmail.com

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Oktober 2025 (Khamis).

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga.

Pautan

Muat turun iklan dan Borang Permohonan Jawatan disini

Post a Comment