Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak / Kontrak (Interim)
- Gaji RM1,500 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup December 23, 2025
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Johor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak / Kontrak (Interim) di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebagaimana berikut.1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
2. Penolong Jurutera JA5
3. Penolong Pegawai Senibina JA5
4. Penolong Arkitek Landskap JA5
5. Pelukis Pelan (Seni Bina) JA1
6. Pembantu Tadbir (P/O) N1
7. Pembantu Penguat Kuasa KP1
8. Pembantu Khidmat Am H1
Tarikh tutup permohonan 23 Disember 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : MBIP Johor
Sektor : Badan Berkanun
Cara Memohon
i. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui laman eJawatan MBIP (sila kepautan yang diberikan di bawah).
ii. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab A Bil.18 di bawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 3 tahun terakhir hendaklah dibawa semasa menghadiri temuduga.
- Perjawatan - Sila hubungi Puan Noraishah binti Azmi di talian 07-5555016
Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
- Teknikal Sistem - Sila hubungi Encik Ahmad Saufi bin Abd. Rahim di talian 07-5555000 sambungan 5740, Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Catatan Am
i. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan atau yang tidak dihubungi adalah dianggap tidak berjaya.
ii. Calon hendaklah menjalani ujian psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Sumber Manusia bagi saringan psikologi.
iii. Sila bawa sijil asal beserta salinan sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional semasa menghadiri sesi temuduga.
iv. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab pemohon sendiri.
Pautan
Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini
Post a Comment