Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)

Jobs Overview
- Taraf Personel MySTEP
- Gaji RM1,900
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup August 14, 2026
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Selangor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sebagaimana berikut.1. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1
Taraf Jawatan : Personel MySTEP
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Kadar Upah (Bulanan) : RM1,900.00
Kekosongan : 10
Tarikh tutup permohonan 14 Ogos 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MBDK Selangor
Sektor : Badan Berkanun
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi yang merangkumi bancian di lapangan, pengumpulan data inventori, pengemaskinian Sistem GESMBDK dan rekod, penyediaan laporan bancian, sokongan kepada tindakan Penguatkuasaan Akta 172 dan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
(a) Permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM) secara online, sila keputan yang diberikan di bawah.
(b) Permohonan melalui online Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM) hendaklah disertakan dengan muat naik gambar berukuran pasport dan salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan pemohon dan ibu bapa, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan dan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pengetua Sekolah/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung sebelum muat naik dalam sistem mengikut format PDF.
(c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan ini boleh menghubungi Jabatan Khidmat Pengurusan, Unit Perjawatan di talian 03-3375 5555 sambungan 1504/1512/1524.
Pautan
Iklan dan permohonan jawatan secara online disini