All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1

Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1

Pelbagai Kementerian / Jabatan Negeri Sabah

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 17, 2025
  • Lokasi penempatan Sabah

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Pelbagai Kementerian / Jabatan Negeri Sabah 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap / Kontrak di Pelbagai Kementerian / Jabatan Negeri Sabah sebagaimana berikut.

1. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1
Kekosongan : 12 Simpanan : 30

Tarikh tutup permohonan 17 September 2025 (Rabu).
Lokasi penempatan : Sabah
Sektor : Badan Berkanun/ Kerajaan

Jawatan : Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut).
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,561.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 17 September 2025 (Rabu), jam 11.59 malam.

Pautan

Permohonan dan kemaskini permohonan secara online di SPA9 disini

Post a Comment