All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Daerah Sik

Majlis Daerah Sik

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 14, 2026
  • Lokasi penempatan Kedah

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Sik 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman berumur tidak kurang 18 tahun serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak di Majlis Daerah Sik sebagaimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1
2. Pembantu Khidmat Am H1 (Pembantu Awam) - Elektrik

Tarikh tutup permohonan 14 September 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : MD Sik Kedah.
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

a) Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Bayaran, Majlis Daerah Sik pada waktu pejabat dengan bayaran wang proses RM5.00.

b) Permohonan hendaklah disertakan bersama salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran pasport. (Salinan sijil-sijil perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A Gred 9 dan ke atas (Kumpulan Pengurusan dan Profesional)/Pengetua Sekolah Menengah/Penghulu Mukim).

c) Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini disertakan bersama.

d) Permohonan berikut akan DITOLAK

i) tidak disertakan dokumen yang diperlukan ;
ii) tidak lengkap dan tidak terang;
iii) borang tidak ditandatangani ; dan
iv) tidak disertakan gambar.
e) Permohonan ini hanya sah selama 1 tahun dari tarikh iklan.
f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 22sm. X 32sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dimohon.

g) Alamatkan permohonan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SIK
08200 SIK
KEDAH DARUL AMAN


Permohonan hendaklah dibuat sebelum atau selewat-lewatnya pada 14 September 2026 (Isnin).

Catatan Am

a) Hanya calon-calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini