Jawatan Kosong Guru Bahasa Korea Gred DG9
Guru Bahasa Korea Gred DG9
Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), UPM

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM2,470 - RM9,804
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 30, 2025
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), UPM 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), UPM sebagaimana berikut.1. Guru Bahasa Korea Gred DG9
Tarikh tutup permohonan 30 September 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : CALC UPM Serdang, Selangor.
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Guru Bahasa Gred DG9
Bidang Pengajaran : Guru Bahasa Korea
Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Professional
Jadual Gaji Min - Maks : RM2,470.00 - RM9,804.00
Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan ke Guru Bahasa (Gred DG9) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(i) Calon-calon adalah terbuka kepada warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(iii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan/pengajaran Bahasa Korea atau bidang berkaitan yang diktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Fungsi Bidang Tugas
Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, kerja kursus, menyediakan nota-nota kuliah, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik/aktiviti pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus, melibatkan diri dalam aktiviti kemahiran bahasa dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.
Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah dibuat di atas Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Professional (Kod Dokumen: SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Borang permohonan yang telah lengkap berserta sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar ke :
PENOLONG PENDAFTAR KANAN PEJABAT PENTADBIRAN,
ARAS 1, PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA (CALC),
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG, SELANGOR.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2025 (Selasa).
Pautan
Muat turun Borang Permohonan Jawatan disini
43400 UPM SERDANG, SELANGOR.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2025 (Selasa).
Pautan
Muat turun Borang Permohonan Jawatan disini
Post a Comment