All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Balai Seni Negara 2025

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak Interim
  • Gaji RM2,250 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 21, 2025
  • Lokasi penempatan Kuala Lumpur

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak Interim di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) sebagaimana berikut.

1. Kurator Gred S9

Tarikh tutup permohonan 21 September 2025 (Ahad).
Lokasi penempatan : LPSVN Kuala Lumpur.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Kurator Gred S9
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak Interim
Jumlah Kekosongan : 4 Kekosongan
Jadual Gaji Min - Maks : RM2,250.00 - RM11,110.00
Kenaikan Gaji tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sosiologi, Antropologi, Sejarah, Kaji Purba, Zoologi, Sastera, Seni Lukis, Seni Reka, Seni Halus, Seni Bina, Permuziuman, Konservasi atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00) atau
(ii) Ijazah Sarjana dalam bidang Permuziuman yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,020.00)

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu Pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Kurator adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Kurator Gred S9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Memohon

a. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui Borang Permohonan Jawatan LPSVN, sila kepautan yang diberikan di bawah.


b. Calon dikehendaki memuat naik CV yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 September 2025 (Ahad).


Permohonan Yang Ditolak

Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:-

(a) tidak memohon jawatan melalui dalam talian;
(b) tidak disertakan gambar berukuran pasport;
(c) tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
(d) tidak lengkap dan tidak jelas; dan
(e) tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan.

Catatan Am

(a) Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
(b) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
(c) Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

Pautan

Permohonan jawatan secara online disini

Post a Comment