Jawatan Kosong PPAPP Ogos 2025
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP)

Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup August 29, 2025
- Lokasi penempatan Pulau Pinang
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) sebagaimana berikut.1. Pembantu Pustakawan Gred S1
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
3. Pembantu Khidmat Am Gred H1
Tarikh tutup permohonan 29 Ogos 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : PPAPP Pulau Pinang.
Sektor : Badan Berkanun.
Cara Memohon
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang yang boleh dibeli di:-
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG
JKR 2118, JALAN PERPUSTAKAAN
SEBERANG JAYA, 13700 PERAI
(Tingkat 2, Bahagian Khidmat Pengurusan)
Waktu Jualan : Isnin – Jumaat (9.00 pagi – 5.00 petang)
Rehat : 1.00 tengah hari – 2.00 petang
12.15 tengah hari – 2.45 petang (Jumaat)
**Pembelian adalah secara cashless
c. Salinan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
i. Salinan Sijil Kelahiran
ii. Salinan Kad Pengenalan
iii. Salinan sijil akademik/ kemahiran daripada Institut Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS), Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-Sijil Penghargaan
iv. Salinan Lesen Memandu mengikut keperluan dan
v. Lain-lain dokumen sokongan berkaitan.
d. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.
e. Borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran dan kehilangan dokumen dan dimasukkan ke dalam sampul surat serta mencatatkan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri atas sampul surat.
f. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disampaikan kepada:-
PENGARAH
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG
JKR 2118, JALAN PERPUSTAKAAN
SEBERANG JAYA
13700 PERAI
i. Tidak menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong PPAPP
ii. Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan
iii. Tidak lengkap atau tidak terang
iv. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
v. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat
vi. Tidak ditandatangani dan tiada pengesahan dokumen-dokumen yang diperlukan.
vii. Diterima selepas daripada permohonan ditutup.
Catatan Am
a. Borang yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga melalui panggilan telefon / email dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan ditutup.
b. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c. Bagi calon yang dipanggil untuk ditemuduga tetapi tidak menerima apa-apa keputusan selepas enam (6) bulan dari tarikh temuduga hendaklah menganggap mereka tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada : 29 Ogos 2025
Pautan
Iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
Post a Comment