Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Jobs Overview
- PendidikanIjazah Sarjana Muda
- Taraf Contract Of Service (COS)
- Gaji RM2,250 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup August 22, 2025
- Lokasi penempatan Seluruh Malaysia
Jobs Detail
Hebahan pengambilan terkini Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred 9 Tahun 2025. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Warganegara Malaysia daripada Graduan Bukan Pendidikan keutamaan diberikan kepada calon lulusan Ijazah Sarjana Muda berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup hebahan iklan bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred 9 lantikan Contract Of Service (COS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagaimana berikut.1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 (COS) Tahun 2025
Tarikh tutup permohonan 22 Ogos 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Sektor : Kerajaan
Cara Membuat Permohonan
1. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan di laman MySPP (sila kepautan yang diberikan di bawah).
2. Permohonan hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 22 Ogos 2025 (Jumaat).
3. Calon bertanggungjawab untuk memastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan terkini. Sebarang kesilapan boleh menjejaskan peluang untuk dipanggil ke sesi temu duga.
4. Hanya permohonan yang diterima atau dikemas kini dalam tempoh 8 Ogos 2025 hingga 22 Ogos 2025 sahaja akan dipertimbang untuk saringan panggilan temu duga.
5. Calon TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan bermula dari 23 Ogos 2025 hingga 23 September 2025 bagi memberi laluan kepada proses saringan.
Pengiktirafan Kelayakan
1. Calon bertanggungjawab untuk menyemak surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
2. Bagi kelulusan dari institusi pengajian tinggi luar negara, calon perlu mendapatkan surat pengiktirafan secara individu daripada MQA.
3. Dokumen pengiktirafan MQA hendaklah dikemukakan semasa menghadiri temu duga. Semakan boleh dibuat melalui pautan:
https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan; atau https://www2.mqa.gov.my/mqr/
Makluman Dan Perhatian
1. Hanya calon yang layak sahaja akan dipertimbangkan untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan seterusnya dipanggil bagi sesi temu duga.
2. Calon yang melepasi saringan awal akan diwajibkan untuk menduduki UKCG secara dalam talian sebelum ditemu duga. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada calon yang layak selepas tarikh tutup permohonan.

4. Calon-calon yang berjaya dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (COS) DIWAJIBKAN mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh kontrak yang akan diselaraskan oleh KPM.
Pautan
Iklan jawatan lengkap dan syarat-syarat kelayakan disini
Permohonan jawatan secara online di MySPP disini
Post a Comment