Jawatan Kosong MPAG Januari 2026
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup January 23, 2026
- Lokasi penempatan Melaka
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sebagaimana berikut.1. Penolong Juruukur Bahan JA5
Satu (1) Kekosongan
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran JA5
Tiga (3) Kekosongan
3. Penolong Pegawai Tadbir N5
Satu (1) Kekosongan
4. Pembantu Penguat Kuasa KP1
Dua (2) Kekosongan
5. Pembantu Keselamatan KP1
Satu (1) Kekosongan
6. Pembantu Tadbir (P/O) N1
Tiga (3) Kekosongan
Tarikh tutup permohonan 23 Januari 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MPAG Melaka.
Sektor : Badan Berkanun
1. Semua permohonan jawatan DIMESTIKAN menggunakan Sistem Permohonan Perjawatan secara atas talian bagi mengisi Borang Permohonan Perjawatan, sila kepautan yang diberikan di bawah.
2. Pemohon mestilah memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon sebelum memohon jawatan. Skim perkhidmatan boleh dirujuk dengan memuat turun pada pautan iklan dan syarat lantikan di bawah.
3. Pemohon dari kalangan pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan - Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan mengisi borang Pengesahan Ketua Jabatan di LAMPIRAN A.
4. Pemohon dinasihatkan untuk membaca dengan teliti Arahan Pengisian sebelum memohon jawatan. Pemohon DIWAJIBKAN memuat naik gambar terkini berukuran pasport, kad pengenalan dan dokumen sokongan akademik yang berkaitan dengan kelayakan jawatan dipohon yang perlu disahkan dengan ukuran tidak melebihi 2MB. Kegagalan mengisi maklumat dengan lengkap serta tidak memuat naik gambar dan dokumen sokongan boleh menyebabkan permohonan calon DITOLAK.
5. Ijazah/ Diploma/ Sijil yang diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebelum Januari 2017 boleh disemak menerusi Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) melalui capaian https://app.mohe.gov.my/iktiraf./semakan.php, manakala Program yang diberi pengiktirafan Kerajaan mulai Januari 2017, boleh disemak pada Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualifications Register, MQR) melalui capaian http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan melampirkannya bersama borang permohonan.
1. Permohonan hendaklah dihantar sebelum / pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
2. Hanya calon-calon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk tapisan dan temuduga.
3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya. Pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.
5. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman dengan jawatan yang dipohon.
6. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.
Pautan
Muat turun iklan dan syarat-syarat lantikan disini
Permohonan jawatan secara online disini
Post a Comment