Jawatan Kosong Majlis Daerah Maran (MDM)
Majlis Daerah Maran (MDM)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup May 29, 2026
- Lokasi penempatan Pahang
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Maran (MDM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Pahang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Majlis Daerah Maran (MDM) sebagaimana berikut.| Bil. | Jawatan dan Gred | Kekosongan | Taraf Jawatan |
|---|---|---|---|
| 1. | Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1 | Dua (2) | Kontrak (Contract of Service) |
| 2. | Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1 | Satu (1) | Kontrak (Contract for Service) |
| 3. | Pembantu Khidmat Awam Gred H1 | Lima (5) | Kontrak (Contract for Service) |
Tarikh tutup permohonan 29 Mei 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MDM Pahang.
Sektor : Badan Berkanun
(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang MDM.PERJ.1Pind. 1/2005 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
(b) Semua permohonan hendaklah lengkap dengan dokumen-dokumen sokongan yang telah DIAKUI SAH seperti berikut:-
i) Sekeping gambar berukuran passport;
ii) Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
iii) Salinan Sijil Kelahiran pemohon;
iv) Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa (sila sertakan sijil kematian sekiranya ibu atau bapa telah meninggal dunia). Bagi calon, ibu dan bapa yang merupakan pemastautin di Negeri Pahang melebihi 10 tahun perlulah mengemukakan surat pengesahan pemastautin yang dikeluarkan oleh Penghulu Mukim;
v) Salinan keputusan peperiksaan yang disyaratkan dalam iklan serta salinan sijil-sijil persekolahan; dan
vi) Sijil-sijil lain yang berkenaan.
(c) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21, Bab ‘A’.
(d) Borang permohonan yang dilengkapkan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 22 cm x 32 cm dengan setem yang mencukupi. Disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis Nama Jawatan yang dipohon.
e) Alamatkan permohonan kepada :
BAHAGIAN PENTADBIRAN AM DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
MAJLIS DAERAH MARAN,
26500 MARAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
Sebelum atau pada 29 Mei 2026 (Jumaat).
a) Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan:-
i. Tidak lengkap;
ii. Tidak menggunakan Borang MDM.PERJ.1Pind.1/2005;
iii. Tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang disyaratkan dan disahkan;
iv. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak terang, tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan, tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat dan tidak ditandatangani akan ditolak; dan
v. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
Pautan
Muat turun Borang Permohonan Jawatan disini
Iklan dan syarat-syarat kelayakan disini