All States
  • All States
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Daerah Labis (MDL) 2026

Majlis Daerah Labis (MDL)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak (Interim)
  • Gaji RM1,650 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup August 17, 2026
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Labis (MDL) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Johor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak (Interim) di Majlis Daerah Labis (MDL) sebagaimana berikut.

1. Penolong Arkitek Lanskap JA5
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
3. Penolong Pegawai Penilaian W5

Tarikh tutup permohonan 17 Ogos 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : MDL Johor
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM1.00 satu set di Pejabat Majlis Daerah Labis atau dengan memuat turun borang pada pautan yang diberikan di bawah.

(b) Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH LABIS
85300 LABIS, JOHOR


(c) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

(i) Kad pengenalan diri yang telah disahkan;
(ii) Sijil kelahiran yang telah disahkan;
(iii) Sijil Berhenti Sekolah dan sijil persekolahan yang telah disahkan;
(iv) Kelulusan akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon;
(v) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima);
(vi) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran ‘passport’
(vii) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada) yang telah disahkan.

(d) Permohonan daripada jawatan Gred 5 hingga Gred 9 keatas hendaklah disertakan dengan ‘video resume’ dalam bentuk softcopy sebagaimana berikut:-

(i) Berdurasi tidak lebih dari 3 minit.
(ii) Menggunakan suara sebenar pemohon.
(iii) Ringkasan latar belakang keluarga pemohon.
(iv) Ringkasan latar belakang Pendidikan pemohon.
(v) Ringkasan pengalaman kerja pemohon.
(vi) Pekerjaan / aktivititer akhir atau semasa pemohon.
(vii) Ringkasan pencapaian / anugerah tertinggi pemohon.
(viii) Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon.
(ix) Ringkasan penglibatan pemohon di dalam Masyarakat atau ‘NGO’.
(x) Ringkasan kelebihan/ kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
(xi) Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.
(xii) Ringkasan kelemahan / kekurangan pemohon.

(e) Semua ‘video resume’ hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di Alamat mdlbs@johor.gov.my sebelum 17 OGOS 2026

(f) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

(g) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan butiran dan maklumat yang diperlukan.

(h) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat seperti dalam iklan akan DITOLAK serta-merta.

(i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(j) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

(k) Pihak Pentadbiran Majlis Daerah Labis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

PERINGATAN : SEMUA SALINAN DOKUMEN DI ATAS HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN ( KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ) ATAU PENGHULU MUKIM/KETUA KAMPUNG.

Pautan

Iklan, syarat lantikan dan borang permohonan jawatan selanjutnya disini