All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) 2025

Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 17, 2025
  • Lokasi penempatan Negeri Sembilan

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada anak Negeri Sembilan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak (Contract of Service) di Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Khidmat Am Gred H1

Tarikh tutup permohonan 17 September 2025 (Rabu).
Lokasi penempatan : MDKP Negeri Sembilan.
Sektor : Badan Berkanun.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN MDKP yang diperolehi secara PERCUMA di Kaunter Pertanyaan, Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat mulai dari tarikh jawatan diiklankan iaitu 20 OGOS 2025.

2. Borang Permohonan Jawatan juga boleh juga dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini disertakan bersama seperti di jelaskan di dalam PU (A) 176/ 2005.

3. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional), Pegawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu, Jaksa Pendamai, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan setaraf dengannya beserta gambar berukuran passport yang dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
72009 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 September 2025 (Rabu).


4. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen seperti berikut:-

i. Satu Salinan MyKad / Kad Pengenalan diri; 
ii. Satu Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak;
iii. Satu Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa; iv. Satu Salinan SPM/SPMV/SVM atau setaraf;
v. Satu Salinan Sijil Berhenti Sekolah
vi. Satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport; 
vii. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)* bagi tiga (3) tahun 
viii. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan - LAMPIRAN A* yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan
ix. Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)

Catatan
*bagi yang sedang berkhidmat

5. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga dengan setiap keputusan temu duga adalah muktamad.

6. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temu duga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 1 tahun dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

8. Borang yang tidak lengkap seperti TIADA tandatangan, TIADA pengesahan (salinan diakui sah) dan TIADA gambar akan ditolak.

Pautan

Iklan dan syarat lantikan disini

Muat turun Borang Permohonan Jawatan disini

Post a Comment