All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sabah 2025

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup August 25, 2025
  • Lokasi penempatan Sabah

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah sebagaimana berikut.

1. Penolong Jurutera (Awam) Gred JA5
2. Pembantu Keselamatan Gred KP1
3. Pembantu Khidmat Am Gred H1

Tarikh tutup permohonan 25 Ogos 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Sabah.
Sektor : Badan Berkanun

Cara-Cara Membuat Permohonan

1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman Sistem Permohonan Jawatan UiTM Cawangan Sabah  dengan mengisi maklumat yang diperlukan, sila kepautan yang diberikan di bawah.


2. Sekiranya anda terpilih untuk ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga adalah terbatal. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:

i. Borang Permohonan
ii. Kad Pengenalan.
iii. Sijil Kelahiran.
iv. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf.
v. Diploma/ljazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).
vi. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
vii. Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.
viii. Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat).
xi. Dokumen berkaitan yang dipohon

3. Pemalsuan dokumen merupakan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan [Akta 574] dengan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda, atau dengan kedua - duanya sekiranya disabitkan kesalahan.


Bagi Pemohon daripada Staf UiTM

1. Permohonan daripada staf UiTM berstatus tetap dan kontrak, dikehendaki membeli borang jawatan kosong melalui link UiTM Pay RM5 untuk calon Staf Ui TM.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Ogos 2025 (Isnin).

**Pemohon hanya boleh memohon SATU (1) jawatan yang dilklankan SAHAJA

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan, sila hubungi :

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71
88997 Kota Kinabalu
Sabah
Emel: noreentan@uitm.edu.my
No. Tel: (088) 513844/3842


Pautan

Iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini

Post a Comment