All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Pustaka Negeri Sarawak 2026

Pembantu Pustakawan Gred S1

Pustaka Negeri Sarawak

Jobs Overview

  • Taraf Tetap (JBC)
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 14, 2026
  • Lokasi penempatan Sarawak

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Pustaka Negeri Sarawak 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia yang bermastautin di Sarawak berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap (Jawatan Berasaskan Caruman) di Pustaka Negeri Sarawak sebagaimana berikut.

1. Pembantu Pustakawan Gred S1

Tarikh tutup permohonan 14 September 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : Sibu, Sarawak
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pembantu Pustakawan Gred S1
Taraf Jawatan : Tetap - Jawatan Berasaskan Caruman
Kekosongan : Satu (1)
Tempoh Percubaan : 1 hingga 3 tahun
Jadual Gaji (Min-Maks) RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,561.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,622.00).
DAN
(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui laman Pustaka Sarawak e-Recruitment, sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan, diimbas dan dimuatnaik melalui sistem e-recruitment Pustaka nanti. Muatnaik adalah terhad kepada 2 lampiran sahaja. Contoh: Sekiranya jawatan memerlukan lulusan SPM, maka salinan sijil SPM hendaklah dimuatnaik.

4. Hanya permohon yang berjaya untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan melalui emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklumbalas/jawapan dalam tempoh 3-6 bulan dari tarikh iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

6. Tarikh tutup iklan adalah pada 14 September 2026 (Isnin).

Pautan

Permohonan jawatan secara online disini