All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong PLANMalaysia Johor 2025

Pegawai Perancangan Bandar Dan Desa Gred J9

PLANMalaysia Johor

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM2,250 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 19, 2025
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di PLANMalaysia Johor sebagaimana berikut.

1. Pegawai Perancangan Bandar Dan Desa Gred J9

Tarikh tutup permohonan 19 September 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : PLANMalaysia Johor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pegawai Perancangan Bandar Dan Desa Gred J9
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji Min - Maks : RM2,250.00 - RM11,110.00
Kenaikan Gaji tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


Kelayakan Lantikan

i. Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00); atau
ii. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Geografi, Ekonomi, Sains Sosial, Antropologi atau Perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Ijazah Sarjana atau Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Perancangan Bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00); atau
iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Ijazah Sarjana atau Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Perancangan Bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang dilktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,910.00); atau
iv. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan Ijazah Sarjana atau Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Perancangan Bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM3,130.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.

Cara Memohon

1. Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang PMJ/PER/01/2025 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang yang telah lengkap disi dengan jelas dan terang hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport terkini dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut:

(i) Salinan Sijil Kelahiran
(ii) Salinan Kad Pengenalan
(iii) Salinan Surat Berhenti sekolah yang terakhir
(iv) Salinan Sijil SPM/SVM/Sijil
(v) Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan


3. Borang permohonan yang lengkap disi hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :

Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor
(PLANMalaysia Johor)
Aras 1, Bangunan Dato' Mohamad Salleh Perang,
79646 Kota Iskandar,
Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.


(Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 September 2025 (Jumaat).

Perhatian Kepada pemohon

(a) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab Bil.21 dan memastikan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan terkini disertakan sekiranya dipanggil untuk temuduga.

(b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(c)Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Pautan

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Post a Comment