All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Daerah Rompin (MDR) 2025

Majlis Daerah Rompin (MDR)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Contract of Service (CoS)
  • Gaji RM1,500 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 03, 2025
  • Lokasi penempatan Pahang

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Rompin (MDR) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Pahang berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap / Contract of Service (CoS) di Majlis Daerah Rompin (MDR) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Tadbir N9
2. Pegawai Tadbir (Undang-Undang) N9
3. Penolong Arkitek Landskap JA5
4. Pembantu Khidmat Am H1

Tarikh tutup permohonan 03 September 2025 (Rabu).
Lokasi penempatan : MD Rompin, Pahang.
Sektor : Badan berkanun

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Rompin yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan dan salinan lesen memandu bagi kelayakan yang disyaratkan.

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 10” x 15”. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.


(d) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya:

(i) tidak lengkap, tidak ditandatangani, tidak disertakan gambar, tidak terang dan memohon jawatan yang tidak diiklankan;
(ii) tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
(iii) tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;
(iv) permohonan diterima selepas tarikh tutup iklan; dan
(v) tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.

(e) Permohonan hendaklah sampai kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH ROMPIN
26800 KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR


Sebelum atau pada 03 September 2025.

(f) Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi.

Catatan Am

a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Pautan

Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini

Post a Comment