All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong LAKMNS Sarawak

Penolong Pegawai

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak / Pelatih
  • Gaji RM1,700 - RM6,500
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 30, 2026
  • Lokasi penempatan Sarawak

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak / Pelatih di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai

Tarikh tutup permohonan 30 September 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : LAKMNS Sarawak
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Penolong Pegawai
Penempatan : Bahagian Masjid Jamek Negeri Sarawak
Taraf Lantikan : Calon lantikan baharu adalah secara kontrak/ pelatih yang akan menjalani tempoh percubaan sekurang- kurangnya selama enam (6) bulan dan tidak melebihi satu (1) tahun sebelum ditetapkan dalam jawatan tertakluk kepada keputusan pihak pengurusan LAKMNS dari masa ke semasa.

Kelayakan Akademik

• Diploma dalam bidang Pentadbiran atau lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
• Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-Syarat Lantikan

• Terbuka kepada calon lelaki sahaja.
• Calon yang mempunyai kelulusan, kepakaran, dan pengalaman dalam bidang IT, multimedia, atau reka grafik adalah satu kelebihan.
• Mempunyai kemahiran komunikasi dan menulis (penulisan laporan) dalam Bahasa Melayu dengan baik.
• Berkebolehan memberi ceramah, menjadi moderator, atau mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik.
• Mahir dalam penggunaan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint).
• Bermotivasi tinggi, kreatif, bersikap positif, dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.

Tugas dan Tanggungjawab

• Bertanggungjawab membantu dalam merancang, mengimplementasi, memantau, serta mengawal selia sebarang tugasan yang berkaitan di Bahagian/Unit seliaan.
• Bertanggungjawab membantu memastikan perjalanan urusan pentadbiran dan pengurusan selari dengan matlamat dan menepati prosedur yang telah ditetapkan.
• Bertanggungjawab dalam penyediaan kertas cadangan, surat-menyurat, dan memo yang berkaitan dengan bahagian.
• Membantu dalam merancang, menyediakan, dan menguruskan bajet tahunan bahagian.
• Menyediakan laporan bulanan dan laporan-laporan lain yang diperlukan berdasarkan arahan daripada Ketua Bahagian.

Cara Memohon

1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat di atas boleh menghantar dokumen berikut:
(i) Surat permohonan;
(ii) Resume terkini yang mengandungi butiran peribadi, kelayakan akademik, dan pengalaman kerja;
(iii) Salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan; dan
(iv) Sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan).

2. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume ke alamat berikut:

KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(GROUP HR) LAKMNS
LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
TINGKAT 8, BAITUL MAKMUR
MEDAN RAYA, PETRA JAYA
93050 KUCHING


(Nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2026 (Rabu).

Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga / dimaklumkan.