Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak / Tetap
- Gaji RM1,500 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 22, 2026
- Lokasi penempatan Pelbagai Negeri
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak / Tetap di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebagaimana berikut.| Bil. | Jawatan dan Gred | Taraf Jawatan | Penempatan |
|---|---|---|---|
| 1. | Penerbit Rancangan B5 | Kontrak/Tetap | Sabah |
| 2. | Penolong Jurutera JA5 | Sarawak | |
| 3. | Jurufotografi B5 | Semenanjung | |
| 4. | Jurufotografi B1 | Semenanjung |
Tarikh tutup permohonan 22 September 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Badan Berkanun
a) Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui laman ePerjawatan FINAS, sila kepautan yang diberikan di bawah.
b) Sebarang permohonan melalui surat, e-mel atau faks tidak akan dipertimbangkan. Maklumat bertanda *hendaklah WAJIB diisi.
c) Sila isi Nama Jawatan dengan lengkap seperti yang tertera di ruangan iklan.
i. Contoh: Penerbit Rancangan B5.
ii. Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon satu (1) jawatan sahaja.
d) Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disahkan dan dimuat naik (upload):
1. Gambar berukuran pasport terkini.
2. Sijil kelahiran.
3. Kad Pengenalan (depan dan belakang) diimbas (scan) terlebih dahulu dan disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg).
4. Sijil Berhenti Sekolah.
5. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
6. Salinan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Sijil Diploma/ Ijazah.
e) Sila klik butang submit. Pemohon akan menerima satu notifikasi "Your data has been SUBMIT at HR FINAS to proses application".
f) Calon yang berjaya dan dipanggil temu duga hendaklah membawa sijil asal dan setiap salinan berikut iaitu kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil persekolahan, sijil kelulusan akademik tertinggi dan sijil-sijil yang berkaitan jawatan yang dipohon. Semua salinan dokumen haruslah disahkan dengan cop asal (bukan cop salinan fotostat). (Semua dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKK / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam).
g) Permohonan daripada penjawat awam yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini (2023, 2024 dan 2025) dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Pengisytiharan Harta. Lampiran tersebut tidak perlu dimuat naik dan hanya perlu dibawa jika terpilih untuk ditemu duga sahaja.
a) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan DITOLAK.
b) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan ini tidak berjaya.
d) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga (jika berkenaan) adalah dibawah tanggungan pemohon sendiri.
Pautan
Muat turun iklan dan syarat-syarat lantikan disini
Permohonan jawatan secara online disini