Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) 2025
Penolong Pegawai penyelidik Gred Q5
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM1,650 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup August 13, 2025
- Lokasi penempatan Putrajaya
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) sebagaimana berikut.1. Penolong Pegawai penyelidik Gred Q5
Tarikh tutup permohonan 13 Ogos 2025 (Rabu).
Lokasi penempatan : Putrajaya
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Penolong Pegawai penyelidik Gred Q5
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,650.00); atau
(ii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam jurusan Sains atau aliran Teknikal yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,650.00); atau
(iii) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,650.00); atau
(iv) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,650.00); atau
(iv) Diploma Sains yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,974.00); atau
(v) Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,974.00); atau
(vi) Diploma Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM2,055.00).
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Tugas dan Tanggungjawab
Membantu Pegawai Penyelidik dalam perancangan projek penyelidikan, pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod maklumat dan menganalisis data-data projek serta penyediaan peralatan projek penyelidikan.
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 13 Ogos 2025 (Rabu), jam 11.59 malam.
Pautan
Permohonan dan kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini
Post a Comment