All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Jabatan Meteorologi Malaysia 2025

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM2,250 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup August 12, 2025
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Meteorologi Gred C9
Kekosongan : 4 Simpanan : 16

Tarikh tutup permohonan 12 Ogos 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : Selangor
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pegawai Meteorologi Gred C9
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Jadual Gaji Min - Maks : RM2,250.00 - RM11,110.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Sains Atmosfera atau Oseanografi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C9: RM2,580.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Matematik, Fizik atau Geofizik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah padaGred C9: RM2,580.00); atau
(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang Meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah padaGred C9: RM3,020.00); atau
(iv) Ijazah Kedoktoran dalam bidang Meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah padaGred C9: RM3,350.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab mengeluarkan ramalan cuaca, mengeluarkan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami agar kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan, menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional dan mengenal pasti impak serta langkah-langkah mengurangkan impak, menganalisis carta-carta kaji cuaca dan menjalankan penyelidikan ke atas fenomena cuaca untuk mengurangkan impak cuaca buruk. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat yang berkualiti dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan harapan stakeholders untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi rakyat dan negara.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 12 Ogos 2025 (Selasa), jam 11.59 malam.

Pautan

Permohonan latihan secara online di SPA9 disini

Post a Comment