All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap Tidak Berpencen
  • Gaji RM2,250 - RM12,150
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 05, 2026
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Selangor atau yang telah bermastautin di Negeri Selangor sehingga kini sekurang-kurangnya 10 tahun yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap Tidak Berpencen di Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) sebagaimana berikut.

1. Pengurus (Projek) Gred 10
2. Eksekutif (Undang-undang) Gred 9
3. Eksekutif (Penyelenggaraan) Gred 9

Tarikh tutup permohonan 5 Jun 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : PWS Selangor
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang BR.PWS.BP (SM)/11/2011 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Setiap borang permohonan jawatan kosong mestilah bersertakan sekeping gambar berukuran passport bersama salinan sijil-sijil (sijil akademik dan sijil kursus/latihan) dan dokumen lain berkaitan yang telah disahkan. Calon dikehendaki menyediakan satu Curriculum Vitae (CV) / Resume yang lengkap mengandungi PENGALAMAN KERJA dan KEMAHIRAN / KEPAKARAN (SKILLS) yang dimiliki.

3. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

4. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat.

5. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

PERBADANAN WAKAF SELANGOR
Bahagian Khidmat Pengurusan
Tingkat 10, Menara Selatan
Bangunan Sultan Idris Shah
40000 Shah Alam, Selangor

Tel: 03 – 5518 8001

Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 Jun 2026 (Jumaaat).

Catatan Am

1. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.
2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (2) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Pautan

Iklan, syarat kelayakan, pemastautin dan borang permohonan selanjutnya disini