Jawatan Kosong MPPD Tahun 2026
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)

Jobs Overview
- Taraf Tetap, Kontrak Interim, Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup May 14, 2026
- Lokasi penempatan Negeri Sembilan
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak Interim / Kontrak di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sepertimana berikut.1. Pegawai Tadbir Gred N9
2. Pelukis Pelan Gred JA6/JA7
(Kejuruteraan Awam/Penolong Jurutera)
3. Pelukis Pelan Gred JA5
(Kejuruteraan Awam/Penolong Jurutera)
4. Pelukis Pelan Gred JA5
(Kejuruteraan Awam)/ Penolong Jurutera (Elektrik)
5. Pelukis Pelan Gred JA5
(Seni Bina)/ Penolong Pegawai Seni Bina
6. Penolong Pegawai Penilaian Gred W5
7. Penolong Pegawai Pertanian Gred G5
8. Penolong Arkitek Landskap Gred JA5
9. Penolong Pegawai Tadbir Gred N5
10. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
11. Pembantu Keselamatan Gred KP1 (Lelaki Sahaja)
12. Pembantu Kesihatan Awam Gred U1
Tarikh tutup permohonan 14 Mei 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : MPPD Negeri Sembilan.
Sektor : Badan Berkanun
1. Permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Perbandaran Port Dickson boleh dimuat turun selepas melengkapkan borang maklumat pendaftaran di Google Form dan satu (1) borang adalah terhad untuk satu (1) jawatan sahaja. Sila kepautan yang diberikan di bawah.
2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 9 dan ke atas) seperti berikut:
- gambar warna berukuran pasport;
- kad pengenalan (telah dipalang ‘untuk kegunaaan MPPD sahaja’)
- sijil kelahiran;
- sijil berhenti sekolah;
- sijil-sijil persekolahan/akademik;
- sijil-sijil yang berkaitan dengan bidang.
- salinan pengiktirafan kelayakan IPTA/IPTS untuk perkhidmatan awam. (www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)
3. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
KM 1, Jalan Pantai,71009 Port Dickson.
(u.p.: Jabatan Khidmat Pengurusan )
Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Mei 2026 (Khamis), jam 5.00 petang.
5. Permohonan Seperti Berikut Akan DITOLAK
(i) Borang permohonan dan maklumat tidak lengkap atau tidak jelas;
(ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
(iii) Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah seperti para c(ii) dan (iii);
(iv) Tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
(v) Tidak disertakan salinan pengiktirafan kelayakan IPTA/IPTS untuk perkhidmatan awam; (www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)
Catatan Am (Penting-Sila Ambil Perhatian)
(i) Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian kecergasan / ujian bertulis dan temu duga melalui surat panggilan atau email.
(ii) Ujian Kecergasan hanya untuk jawatan Pembantu Keselamatan KP1.
(iii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya (tiada makluman bersurat/telefon akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson).
(iv) Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah MUKTAMAD.
Pautan
Iklan, syarat kelayakan dan pautan permohonan selanjutnya disini