All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong (MPB)

Majlis Perbandaran Bentong (MPB)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap
  • Gaji RM1,500 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 11, 2026
  • Lokasi penempatan Pahang

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Bentong (MPB) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Pahang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap di Majlis Perbandaran Bentong (MPB) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Taraf Jawatan
1. Penolong Arkitek Landskap JA5 Satu (1) Tetap
2. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) / Penolong Jurutera JA5 Dua (2)
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA5 Satu (1)
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1 Dua (2)
5. Pembantu Khidmat Am H1 Empat (4)
**Perhatian..!! Sila scroll / swipe ke kiri table di atas untuk melihat butiran penuh iklan jawatan.

Tarikh tutup permohonan 11 September 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MPB Pahang
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Bentong yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat seperti berikut :-

(a) Sekeping gambar terkini berukuran passport iaitu 3.5 cm x 5.0 cm (tidak dibenarkan gambar imbas atau difotostat);
(b) Salinan kad pengenalan (depan dan belakang);
(c) Salinan surat beranak;
(d) Salinan kad pengenalan ibu/bapa; bagi yang telah meninggal dunia, sila sertakan salinan Sijil Kematian yang telah disahkan benar;
(e) Salinan keputusan peperiksaan yang disyaratkan dalam iklan dan salinan sijil berhenti sekolah serta sijil-sijil persekolahan; dan
(f) Sijil-sijil berkaitan

3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

4. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 18.

5. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut ;

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN BENTONG
JALAN KETARI
28700 BENTONG
PAHANG DARUL MAKMUR
(u.p. Jabatan Khidmat Pengurusan / Bahagian Sumber Manusia )


Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 September 2026 (Jumaat).

6. Permohonan akan DITOLAK jika borang permohonan :-

(a) Tidak menggunakan Borang Permohonan Jawatan
(b) Tiada salinan sijil kelahiran
(c) Tiada salinan kad pengenalan pemohon / ibu / bapa dan sijil kematian (jika berkaitan)
(d) Tidak mempunyai surat pengesahan pemastautin (jika berkaitan)
(e) Tiada salinan kelulusan pelajaran / peperiksaan.
(f) Borang permohonan pemohon yang tidak lengkap.
(g) Borang permohonan pemohon yang tidak ditandatangani.
(h) Borang pemohon yang tidak lengkap diisi atau tidak jelas.
(i) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan.
(j) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
(k) Salinan sijil tidak diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional
(l) Gambar passport tidak disertakan atau gambar difotostat atau diimbas.
(m) Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
(n) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat (jika berkaitan)

Catatan Am

i. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
ii. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini