Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)
Akauntan Gred WA9
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak (Interim)
- Gaji RM2,250 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 25, 2026
- Lokasi penempatan Perlis
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) 2026. Permohonan adalah dipelawa Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Perlis berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak (Interim) di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) sebagaimana berikut.1. Akauntan Gred WA9
Tarikh tutup permohonan 25 September 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : PKENPs Perlis
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Akauntan Gred WA9
Taraf Jawatan : Kontrak (Interim)
Jadual Gaji : RM2,250.00 - RM11,110.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred WA9: RM3,020.00); atau
ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA9: RM3,020.00); atau
iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA9: RM3,020.00)
(d) Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memiliki pengalaman di dalam bidang perakaunan, pengurusan kewangan, audit dan percukaian (sekurang-kurangnya 5 tahun).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab merancang, mengurus, menyelaras dan memantau keseluruhan pengurusan kewangan organisasi bagi memastikan urusan kewangan, perakaunan, belanjawan, hasil, perbelanjaan dan pembayaran dilaksanakan dengan cekap, teratur, telus serta mematuhi peraturan dan prosedur kewangan yang berkuat kuasa.
Cara Memohon
1. Calon yang berminat serta berkayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan PKENPs yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Borang permohonan perlu disertakan bersama salinan sijil/ dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-
i) Resume terkini;
ii) Kad Pengenalan (depan dan belakang);
iii) Sijil Kelahiran;
iv) Sijil Berhenti Sekolah;
v) Sijil-sijil Akademik (Sijil SPM/ Diploma/ Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan);
vi) Sijil Kegiatan Luar (jika ada); dan
vii) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon atau pengesahan kemahiran yang berkaitan.
Pengurus Besar
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
No. 173-191, Taman Kemajuan
Jalan Raja Syed Alwi
01000 KANGAR, PERLIS
(u.p: Bahagian Sumber Manusia)
Sila tuliskan ‘Nama Jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.
4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 September 2026 (Jumaat) selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang.
Pautan
Muat turun iklan dan syarat lantikan sepenuhnya disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini