All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong LPNPP Ogos 2025

Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP)

Jobs Overview

  • Taraf Peminjaman
  • Gaji RM7060 - 22040
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 02, 2025
  • Lokasi penempatan Pulau Pinang

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Awam berumur tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 50 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Peminjaman di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Penguatkuasa Gred 11

Tarikh tutup permohonan 02 September 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : LPNPP Pulau Pinang.
Sektor : Badan Berkanun

Gelaran Jawatan : Ketua Sektor Penguatkuasaan dan Perundangan
Gred : Gred 11
Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
Taraf Jawatan : Peminjaman
Gaji Permulaan : RM7,060.00
Elaun dan kemudahan : Kadar bayaran elaun dan kemudahan adalah tertakluk kepada peraturan dan pekeliling semasa yang berkuat kuasa.


Syarat Lantikan

i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan.

Kelayakan Masuk

i. Pegawai di Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
ii. Mencapai markah prestasi sekurang-kurangnya 90% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut yang terkini;
iii. Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dimohon;
iv. Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib atau tindakan SPRM;
v. Pegawai mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan; dan
vi. Pegawai yang sedang memangku adalah DIBENARKAN untuk memohon.

Kelayakan Akademik

i. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) / Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Kepujian dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai Kepujian dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan).


Syarat Tambahan

i. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 8 tahun dalam sektor awam terutamanya berkaitan
bidang Pentadbiran Awam/ Penguatkuasaan/ Pentadbiran Tanah;
ii. Kebolehupayaan berkomunikasi dan berinteraksi dengan cemerlang dalam Bahasa Inggeris:
iii. Bersikap ingin tahu (inquisitive) dan memiliki pemikiran analitikal, kritikal, kreatif, inovatif dan matang dalam membuat keputusan;
iv. Mahir dalam perundingan dan mempunyai kematangan emosi serta bersikap tegas dalam memimpin pasukan dalam melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat dan objektif tugasan;
v. Mampu menyerap pelbagai tugasan yang berganda dengan kemahiran organisasi yang cemerlang (multitasking);
vi. Mempunyai keterampilan peribadi yang baik, jaringan hubungan dan kerjasama dengan pelbagai pemegang taruh; dan
vii. Bersikap terbuka dan mempunyai minat yang tinggi untuk mendalami pelbagai ilmu pengetahuan serta mempunyai inisiatif mencari penyelesaian.

Fungsi / Bidang Tugasan

i. Pentadbiran Awam;
ii. Penguatkuasaan; dan
iii. Pentadbiran Tanah.


Cara Memohon

(a) Calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i. Borang Permohonan Jawatan seperti di Lampiran A;
ii. Curriculum Vitae / Resume;
iii. Borang Pemeriksaan Kesihatan seperti di Lampiran B; dan
iv. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D.

(b) Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan secara serahan tangan atau pos sebelum tarikh tutup dan dialamatkan kepada:

Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang
Paras 20, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
10503 George Town
Pulau Pinang
(u.p.: Puan Nur Fadzilah Amirah binti Ismail)


Temuduga

1. Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh dua minggu (2) daripada tarikh tutup iklan. 

2. Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.


Keputusan

Keputusan temu duga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat kelulusan pelantikan daripada Pihak Berkuasa Melantik (PBM).

Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

(a) Puan Nur Fadzilah Amirah binti Ismail
(nurfadzilah@lpnpp.gov.my / 04-2290014 [tekan 6])

(b) Encik Muhammad Fariez Affiq B Mohd Fisseal
(fariez@lpnpp.gov.my / 04-2290014 [tekan 6])

Pautan

Iklan dan muat turun borang selanjutnya Klik Disini

Post a Comment