Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN)
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN)

Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM1,500 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup August 14, 2025
- Lokasi penempatan Sabah
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Sabah atau yang bermastautin di Negeri Sabah berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan TETAP di Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN) sebagaimana berikut.Bil. | Jawatan dan Gred | Kekosongan | Tarikh tutup |
---|---|---|---|
1. | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fred FA5 | 12 | 14 Ogos 2025 |
2. | Juruteknik Komputer Gred FT1 | 6 | |
3. | Pembantu Khidmat Am Gred H1 | 3 | |
4. | Pembantu Khidmat Am (Pemanduan Kenderaan) Gred H1 | 2 |
Tarikh tutup permohonan 14 Ogos 2025 (Khamis).
Lokasi penempatan : JPKN Sabah.
Sektor : Badan Berkanun/ Kerajaan
1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, sila kepautan yang diberikan di bawah.
2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Ogos 2025 (Khamis), jam 11.59 malam.
Pautan
Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini
Post a Comment