Jawatan Kosong Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 2025
Penolong Pustakawan Gred S5
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM1,650 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 29, 2025
- Lokasi penempatan Kuala Lumpur
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagaimana berikut.1. Penolong Pustakawan Gred S5
Tarikh tutup permohonan 29 Oktober 2025 (Rabu).
Lokasi penempatan : PNM Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Penolong Pustakawan Gred S5
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
(iv) Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 29 Oktober 2025 (Rabu), jam 11.59 malam.
Pautan
Permohonan dan kemaskini permohonan secara online di SPA9 disini
1 comment